CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 2, 2013

mimpi

Walau aku tak mampu, tak layak tapi biarlah aku bermimpi dan terus bermimpi.
Biar. Biar mimpi sahaja yang mampu tunaikan, yang mampu buat aku khayal dengan angan angan aku.
Biar mimpi jadi madah aku meluahkan semuanya.
Biar hanya aku yang memahaminya. Biar.
Biar. Jika hanya itu yang kutermampu.
Biar dengan mimpi aku mampu tersenyum.
Biar aku tersenyum dengan khayalan aku.
Biar. Biar aku rasa perasaan itu. Biar.
Walau dalam mimpi. Biar.

Indah

Indah. Indah sangat bila aku tengok. Indah sampaikan aku nak rasa bahagia macam tu. Nak sangat. Indah sampaikan aku berazam nak capai bahagia seperti mereka bila diberikan peluang. Indah yang membuatkan hatiku tersenyum, mencambahkan putik putik bunga yang indah. Indah, Ya Allah. 

Rindu

Rindu. Rindu buat hatiku gundah gulana.
Rindu buat hatiku tertanya.
Rindu buat fikiranku melewati realiti.
Rindu buat jiwaku bertanya bertanya dan terus bertanya.
Rindu. Tiada jawapan untuk setiap persoalan jiwaku. 

Layakkah?

Ya Allah, aku teringin sangat nak rasa perasaan tu. 
Mampu dan layakkah aku nak dapat perasaan tu, Ya Allah?
Layak tak aku, Ya Allah? 


Saturday, May 18, 2013

mimpi

mimpi.
aku tahu itu cuma mimpi.
satu mimpi yang mungkin hanya tipu daya syaitan.
tapi perasaan itu
yasatu perasaan 
perasaan yang sukar untuk aku gambarkan
perasaan yang kuat dalam hati aku
perasaan yang membuaikan
perasaan yakin 
perasaan sayang
perasaan pasti
perasaan tahu
tahu kau milikku
tahu ku milikmu

terima kasih, sang mimpi

Thursday, April 4, 2013

senyuman itu

senyuman dia. aku suka tengok senyuman itu. 
cantik
buat aku terpana. 
terhenti sebentar terasa duniaku.
hanya kerana senyuman dan mata itu.
cantik.
alangkah indahnya jikalau senyuman dan mata itu menjadi santapan mataa setiap pagi.
menjadi hak milikku.
yang halal untukku.
pastinya indah bukan?

perasaan itu

tak salahkan kalau perasaan rindu terhadap ex datang bertamu dalam hati kita?

Saturday, February 16, 2013

Dia

Dia
Muncul dalam hidup aku tanpa permisi dariku.
Hatiku menyambut baik kehadirannya.
Benih kasih dan sayang mula bercambah.
Tapi,
Akal dan fikiranku bercanggah dengan kemahuan hati.

Wahai hati
Kemahuanmu amat mudah untukku turuti
Tapi kemahuanku sungguh payah untuk kau tunaikan
Tak berat, tak mustahil
Aku hanya mahu kau sentiasa kuat
Tidak mudah rapuh 
Dengan godaan benih kasih dan sayang.

Kau
Aku masih tunggu jawapan darimu
Susah.
Aku tahu, aku faham
Tapi itu jalan terbaik untuk kita
Jangan biar tergantung
Keadaan yang bisa membuat kita tercekik

Tunggu.
Akanku tunggu hingga sampai masanya
Masa untuk kau luahkan perasaanmu

Aku.
Bersedia dengan apa jua jawapan darimu
Aku. Redha.

Sayang

Aku sayangkan dia.
Sayang yang hanya aku dan Dia sahaja yang faham.

Nafas Baru

Sepi. Sesepi blog ini
Kini, aku muncul semula.
Kembali untuk mencorakkan semula blog ini.
Tak mudah, tak susah.
Gunakan kelebihan aku sebagai seorang manusia.
Akal. Itu bezanya.

Dan bila


Bila rasa itu datang, dan kau tak mampu untuk tolak kehadirannya. Suatu perasaan yang indah , yang bisa membuatkan kau tersenyum tanpa alasan. Ah! Alangkah manisnya indahnya perasaan itu. Hanya kau, aku dan Dia sahaja yang tau akan mewujudan perasaan ini. Terima kasih, ya Allah atas anugerah-Mu ini

Monday, August 8, 2011

lega ny.... :)

lega??? 
bru pas minum air kegemaran ke aureen?
ek, xde la...
lega sebab homesick da ilang ckit...
cam ne tu?
sbb sy balik mlake weekends ni..
balik umah family angkt...
suke sgt...
sebab rasa makanan rumah dan rasa suasana rumah...
suke sgt!
mmg hilang rasa homesick...
sampai kan sok nk p kuliah pun rasa malas gila...
nak buat assignment apatah lagi...
sumpah berbukit bukit malas wei... 
siyes x tipu...
hehe....
tapi da mmg tak boleh cakap pe la kan...
kena gak la pergi...
nanti duit elaun kne potong!
sehari rm 20 tw??
banyak tu...
mana ada orang nak bagi rm 20 free free cam kat cni...
just kena bangun awal lagi den p kelas pasang telinga dan tumpu perhatian dari pukul 8 sampai 130...
tu je keja hari hari..
so, takkan la nk buang rm 20 senang2 kan??

tapi, rasa liat tu memang ada...
liat sangat nak p kuliah...
baru 3 hari tak duk maktab...
tapi rasa dah macam sebulan...
cepat la balik!
nak balik rumah...
siyes homesick sangat2 ni!

next week balik lagi...
balik melaka...
alamat ny, weekdays ni kena pulun siap kan assignments la gamakny..
huhuhuhu....


p/s: lagi 16 hari nak balik rumah!