CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 16, 2013

Dia

Dia
Muncul dalam hidup aku tanpa permisi dariku.
Hatiku menyambut baik kehadirannya.
Benih kasih dan sayang mula bercambah.
Tapi,
Akal dan fikiranku bercanggah dengan kemahuan hati.

Wahai hati
Kemahuanmu amat mudah untukku turuti
Tapi kemahuanku sungguh payah untuk kau tunaikan
Tak berat, tak mustahil
Aku hanya mahu kau sentiasa kuat
Tidak mudah rapuh 
Dengan godaan benih kasih dan sayang.

Kau
Aku masih tunggu jawapan darimu
Susah.
Aku tahu, aku faham
Tapi itu jalan terbaik untuk kita
Jangan biar tergantung
Keadaan yang bisa membuat kita tercekik

Tunggu.
Akanku tunggu hingga sampai masanya
Masa untuk kau luahkan perasaanmu

Aku.
Bersedia dengan apa jua jawapan darimu
Aku. Redha.

Sayang

Aku sayangkan dia.
Sayang yang hanya aku dan Dia sahaja yang faham.

Nafas Baru

Sepi. Sesepi blog ini
Kini, aku muncul semula.
Kembali untuk mencorakkan semula blog ini.
Tak mudah, tak susah.
Gunakan kelebihan aku sebagai seorang manusia.
Akal. Itu bezanya.

Dan bila


Bila rasa itu datang, dan kau tak mampu untuk tolak kehadirannya. Suatu perasaan yang indah , yang bisa membuatkan kau tersenyum tanpa alasan. Ah! Alangkah manisnya indahnya perasaan itu. Hanya kau, aku dan Dia sahaja yang tau akan mewujudan perasaan ini. Terima kasih, ya Allah atas anugerah-Mu ini