Dia.
Muncul dalam hidup aku tanpa permisi dariku.
Hatiku menyambut baik kehadirannya.
Benih kasih dan sayang mula bercambah.
Tapi,
Akal dan fikiranku bercanggah dengan kemahuan hati.
Wahai hati,
Kemahuanmu amat mudah untukku turuti
Tapi kemahuanku sungguh payah untuk kau tunaikan
Tak berat, tak mustahil
Aku hanya mahu kau sentiasa kuat
Tidak mudah rapuh
Dengan godaan benih kasih dan sayang.
Kau,
Aku masih tunggu jawapan darimu
Susah.
Aku tahu, aku faham
Tapi itu jalan terbaik untuk kita
Jangan biar tergantung
Keadaan yang bisa membuat kita tercekik
Tunggu.
Akanku tunggu hingga sampai masanya
Masa untuk kau luahkan perasaanmu
Aku.
Bersedia dengan apa jua jawapan darimu
Aku. Redha.
Saturday, February 16, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment